Sabtu, 15 Oktober 2011

pOsitive is easy, begitu juga programming!


kepala berdenyut rs mcm nk pecah, mungkin sebab da lama x pakai akal dlm otak ni agaknye. baru nk masuk 2 minggu persekolahan, rse da mcm nk bungkus beg nk blik tros malaysia sbb da x lalu nk ngadap buku, eyh, dlm situasi sy, mengadap komputer - programming bakka.


untuk pengetahuan anda yg baek hati menjenguk blog sy, sy menaip entry ini semasa sy sedang berada di lab komputer sekolah, hampir 3jam melangut mengadap programing, mata sy memerlukn rehat. otak sy juge perlu menghirup udara segar oksigen tanpa sebarang tekanan. maka, sy melencong sebentar menjenguk fesbuk dan juge menghapdet belog.


*kuat betul bunyi papan keyboard ni ble sy menaip.ketuk ketak ketuk ketak. abg nsem yg dok selang satu kerusi dr sy dr td asyik memandang.sori aaa, sy da cube menaip selembut mungkin*


sy yg sedang lack of motivation ni, sperti bese melompat dr belog ke belog, dri satu website ke website, utk mencari apa2 sumber yg bley dijadikn sbgi penaik smngt.hehehe. bak kata pengkaji darah - org berdarah A bijak memotivasikn dri.hehehe.bijak la ni, kte google motivasi!



oh oh oh. ekceli siyes sgt x phm ap yg cube disampaikn. adekah nk ckp, kite boleh berfikir yg ad msenye kite mmg xley wat?
for example, wawa & programming!
bagai langit dgn bumi, bagai itik dgn ayam, eyh?



homaigodddddd..this is absolutely right!!!
huh??
wuteva, it is out of topic.lets leave it.



so what if i'm unpopular, unlikable, imperfect, unimpressive, unmotivated, invisible, inefficient, uneducated? eyh, nope nope, i'm quite educated.woohha!



the point is, lets be positive!
we may end up in a way we've never imagined before - like me who feel so deserted and isolated on this field, but there is Him who's always being so supportive to me. He 'isolates' me on this, but He'd never leave me alone here.

so, why should i think i can't if i have the superior power supporting on me?!



lets let the world believes...!


p/s. bye bye abg nsem.dy blik dlu tinggal sy, cess.

Rabu, 12 Oktober 2011

annoying tips for annoying people ^^


i`m wasting my time, which is toooo much to be wasted. 
what am i doing in the late of the middle of night - i'm blogging! writing something which i shouldn't, thinking over the things which i dun even have interest anymore, i dun even know myself.



what's wrong with this song?? it keeps stucking in my mind!! so annoying....


i'm not someone who's easy to put an end to a relationship, in fact, i don't hve any experience of doing that. so,i'm doing some homework by googling it - the tips, the best ways on how to end a relationship.


1. clarity - 
Make sure you understand why you are doing it. Sometimes the surface reason isn’t the real reason. Dig deep within yourself to find the real reason. Being surrounded by the situation can cloud your judgment. Separate yourself from the situation and spend some alone time.

2. self honesty -
 Make the commitment to be honest with yourself and the other person. The truth will set you free.

3. setup meeting time - 
Some people are opposed to phone breakups. I think that face-to-face is always best, but if distance separates you, it’s best to do so as soon as possible rather than waiting.

4. explanation - 
focus on how things made you feel, this way your partner doesn’t get defensive. Make it clear that the situation is not their fault, since blaming doesn’t add value in helping the situation.Talk about things you’ve learned from the relationship and what you are grateful for.  

5. don't take anything personally - 
When we are emotional and feeling hurt, we can easily become irrational and say things we don’t mean.Don’t be surprised if your partner acts like a small child and says unreasonable or mean things to you. They don’t mean it. They are simply hurt and need attention from you.

6. fully express emotion - 
 If you feel like crying, do it, and do it fully. This will release the emotional clutter in your inner space.

7. space - 
Give them space. They will be hurt no matter what, so even if they appear fine on the outside, they are hurting. What they need now is time. 


there are still much more, i'll just write on the basic things that one should know if they wanna do this. but i think, the most important thing is, do follow your heart because at this state, logical terms are no longer applicable. u may regret it later, but who's to blame, its all your decision, so u have to be brave enough to face the consequences after it!


i will write on how to endure a broken heart later, for those who being left by their partner.


btw, dun take these wrongly, i'm not doing this for myself, just in case my readers a.k.a my friends would need some help on this, so i'm sincerely write it all here. peace.


p/s. i think i'm doing much better on this field (psychology) compared to engineering. what should i do then? should i change my faculty?

Jumaat, 7 Oktober 2011

seakan berdiri di atas awan


seakan berdiri di atas awan.


minggu ni terasa benar iman sy teruji. rukun iman yg keenam, percaya kepada qada' & qadar - segala yg berlaku adalah ketentuan Allah, dan hanya Allah yg tahu apa yg terbaik buat kita. dalam tangis redha, hakikatnye hati sy menidakkan perkara yg berlaku. hati sy begitu bebal untuk menerima hakikat yg segalanya adalah suratan takdir dan Allah punya perancangan terbaik buat sy.


mesti semua tertanya-tanyakan apa yg berlaku?

biasalah, nama pun student. ada masanya kita akn terasa umpama dunia telah berakhir, espc klo exam SPM tu ad paper fail, btol x? jgnkn fail, dpt A2 pun da terasa 'ya Allah, mcm mne nk menempuh hari esok?'
btol x?


begitu juga sy. di saat pengajian berbaki lagi 3semester, sy dikejutkn dgn result luar biasa sem lepas. drpd 8 subjek yg diambil, 1 subjek fail - programming lab (jikken), yg mana sy sewajib-wajibnya lulus. serius, di luar jangkaan sy. mse sensei tnjuk result,sy rse mcm da nk terjelepuk pengsan. 3 semester nampaknye terpaksa disambung menjadi 4, gara-gara 1 subjek?

dunia dirasakan begitu gelap. terbayang wajah mak ayah kt kmpung yg setiap hari setiap saat menghitung masa menanti kepulangan sy utk pulang menemani mereka. terbayang susuk badan ayah yg uzur, sekujur tubuh sudah menjadi seperti skeleton begerak, dgn riak muka sedih dan risau semasa menghantar sy ke airport minggu lepas.
'setahun setengah je lagi, setahun setengah je lagi' - beria sy meyakinkan.


semuanya salah sy, ye memang slh sy. sy wat keputusan sndri mse memilih utk masok AAJ seterusnye melanjutkn pelajaran ke luar negara. tanpa berbincang dgn kedua mak ayah yg sememangnye pada waktu itu sudah mula uzur, sy rse mcm berdosa sgt. rse sprti seorang anak derhaka yg meninggalkn kedua org tua yg amat memerlukan bakti seorang anak yg taat.

walaupun berat hati utk melepaskn, mak ayah sy akur tidak membantah, apatah lagi utk menegah.


segala cerita lama bertandang di kepala membuatkn sy terasa umpama dunia telah berakhir. terasa ingin terus pulang ke malaysia, dan tinggalkan saja semua yg ada di sini. give up - berputus asa.




Tuhan mendengar rintihan hati sy. setelah puas menangis dan meraung, atas nasihat dan dorongan kgkwn serta senior2 yg sering mengambil berat, sy memberanikn diri untuk bersua dgn sensei. alhamdulillah Allah permudahkn jalan, dalam keadaan nihonggo sy yg masih tidak 'pulih' sepenuhnya semenjak pulang dri malaysia aritu, orang pejabat bermurah hati berbincang dgn sensei-sensei sy yg terlibat bagi pihak sy.

3 hari tempoh yg diminta oleh sensei-sensei jikken utk menyemak balik kertas exam dan juga report-report sy. owh, luar biasanya jikken sy adalah sbb ad final exam, di mana segala kemahiran&kefahaman kita menyelesaikn mslh programming semasa jikken akan diuji dlm mse 90 minit, selesaikn program2 komputer, dan juga soalan bertulis.

3hari sy x mmpu tdo lena. kata sensei, mungkin sy akn diberi saishi (exam semula), ataupun wat report balik. saat tu, sy da x kisah da berapa ratus helai page pun report, sy snggup buat. yg penting, selamatkn sy drpd extend 1 semester. i'm desperate enough to do all that.


hari yg ditunggu-tunggu pun tiba. Allah uji sket dgn insiden yg membuatkn sy agk b'putus asa. terasa harapan semakin m'hilang. rse mcm nk menitis air mata balik, tapi tiba-tiba sensei hantar email. sy bergegas ke biliknye, meninggalkn kelas yg sy sedang ikuti.

jantung berdebar kuat macam nk explode! sy xto mcm mne reaksi muka sy mse mengadap snsei td, dgn bahasa yg berterabur, lain yg sy nk ckp, lain pulak yg terkeluar dr mulut. xtahulah ap yg sensei tu nk pk, tp sgtlah b'harap dia memahami situasi sy - seorang foreigner yg lemah bahasa.


telinga diadjust sebaik mungkin utk cuba menangkap setiap bait-bait percakapan sensei. mengikut penerangannye, sy memerlukan 0.33 markah sje lagi untuk lulus. 300 markah penuh, sy hnye berjaya dapatkn 178, bersamaan dgn 59.33. setelah sensei-sensei jikken duduk bermesyuarat menganalisis semula kertas-kertas jikken sy, ternyata Allah melembutkn hati salah seorang yg paling tegas antara mereka untuk memberikan sy 1 markah bonus - kredit atas usaha report. alhamdulillah, 179/300, bersamaan 59.67. dibundarkn menjadi 60 - lulus!


terasa kaki memijak awan!


ya Allah, terima kasih atas kurniaan nikmatMu. ternyata Allah lebih mengenali hambaNya. xkn diujinya kita dgn sesuatu yg x mampu kita hadapinya.


jadi, pengajaran dr tulisan sy yg pnjg ni ialah - jgn berhenti berdoa, dan jgn ragui kuasa n kehebatan Allah swt. Dia lebih tahu ttg kita, n Dia sentiasa mendengar kita. peringatan utk dri sy sndri jugak :))


Rabu, 5 Oktober 2011

tips perkahwinan ^^,


hilang inspirasi menulis dua tiga hari ni.
ecece ckp gaye mcm seorang penulis profesional yg pndi sgt menulis, walhal hanya setakat nk menconteng dinding belog sendiri jek. ye la, tu pon perlukan skill-skill tertentu jugak kn?


hari ini alhamdulillah, sy berpagi-pagian sekejap setelah sekian lama x menikmati matahari pagi dunia (nmpk sgt tdo bgn tgh hari). then, ape laei nk wat ye dok, kalo x ngadap fesbuk? hehe. then tertariklah sy kt satu artikel nih, yg ditulis oleh Ustaz Azhar Idrus (sumpah mase blik raya aritu sy terserempak dgn bliaw+isteri+anaknye yg comel tu mse nga shopping handbag kt sogo).


TIP PERKAHWINAN


1.KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencair suami,tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.


2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui wali si gadis.


3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi di hadapan Allah.


4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yg datang untuk mendoakn anda, kerana anda harus berfikir untuk menugndang mereka semua dan meminta maad apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakn doa mereka.


5. KETIKA MALAM PERtAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.


6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yg akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yg penuh onak dan duri.


7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.


8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami 100%


9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah suami atau isteri 100%, dan cintai anak-anak masing-masing 100%.


10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dgn tingkat ketaatan suami dan isteri.


11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yg setia mendampingi kita semasa derita.


12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jgn lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.


13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dgn gemalai dan lemah-lembut, tetai selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.





terkesan jugakla kt hati, espc ketika membaca first point nye, ketika mencari calon - carilah ayah bagi anak-anak kita. terdiam sejenak. dalam usia yg baru mencecah 22tahun kini, sy masih tidak mampu utk menilai seseorang lelaki itu adekah bakal menjadi ayah yg baik ataupun tidak, terutamanye untuk menilai mereka-mereka yg seusia dgn sy.

depends on orang kot kn, tapi jujur diakui memang semenjak sy kecil lagi sy akn mudah respect dan memandang tinggi terhadap orang yg lebih dewasa, terutamanye lelaki. dalam erti kata lainnya, kalau pilihan jodoh di tangan sy, sy akn lebih memilih pasangan yg lebih tua dari sy. atas alasan, semakin matang, semakin pandai mendidik, semakin tinggi sense of responsibility. dan, oleh sebb itu, utk membayangkn seseorang itu bakal menjadi ayah yg baik, mata sy akn lebih bereaksi pantas terhadap mereka yg jauh lebih berusia drpd sy.


well, ekceli ad mcm-mcm pendapat ttg keserasian dgn pasangan ni kn. ad yg kate, pempuan elok cri suami yg lagi tua. sy igt cikgu skola sy pernah pesan, yg budak-budak pempuan ni kalau nk cari suami biar yg usianye dlm range 3~10 tahun tuanya. begitu juga utk lelaki, cari bakal isteri yg muda 3~10 tahun umurnya. alasannye, lelaki lambat matang (i dun noe..) jadi payah sikit la utk mereka yg berkahwin sesame usia

tapi kalau kita lihat zaman sekarang ni, kebanyakn orang cenderung memilih pasangan yg sebaya. alasan, lebih senang berkomunikasi, sama laras bahasa sama generasi, n lagi satu punca utama, berkongsi pengalaman yg sme sprti blaja di universiti yg sme, blaja di skola yg sme, dan possible juga blaja di kelas yg sme. bile da selalu sgt bersame-sama, secara x sengaje bliaulah yg menjadi pasangan kite, iA dunia akhirat.


begitu juga dgn ideologi ttg keserasian dipengaruhi faktor anak keberapa. paling famous, anak bongsu x wajar sekali memilih anak bongsu sebagai pasangan. alasan, anak bongsu yg sememangnye terkenal dgn perwatakan manja dan sentiasa dapat apa yg diinginkn akn mengakibatkn timbul masalah utk bertolak ansur. masing-masing dgn pe'el sndri yg payah nk mengaku kalah, akn lebih merumitkn keadaan. sejauh mana kebenarannye, hanya Tuhan yg tahu.


namun hakikatnye, andai kedua-dua pasangan memahami ap itu perkahwinan dlm erti islam, iA semua masalah ni akn dpt diatasi, betul x? x kesah la sebaya ke sama-sama bongsu ke, andai masing-masing saling mencari keberkatan dalam perkahwinan, n menganggap rumahtangga adalah amanah daripada Allah, saling berusaha cuba mengekalkan keharmonian, iA aman jek kot kn..


gmbr sekadar hiasan

tp tuh la, ckp jek senang. sedangkan ustaz ustazah alim arif pakar segala hukum pun rumah tangga tunggang langgang, inikan pule kite insan biasa yg jahil agama ni kn.


rancak bercerita pasal kawen, rs cm org dewasa yg da nk kawen sgt dah ha.huhu. tp malangnye, alam perkahwinan masih jauh, dri sndri pun masih x terurus, mcm mne pulak nk m'urus suami, ye x? tambah-tambah kalau dapat suami yg langsung tidak matang (hish sbb tu la suruh cari yg dewasa sket!). jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan, sbgi hamba berdoa je la supaya dapat yg terbaik, aminnn. n utk dpt yg terbaik, seharusnyalah diri ini perlu menjadi baik dlu, betul x?


kerana ap?
kerana lelaki yg baik hanya untuk perempuan yg baik.



p/s- membina semangat utk g jikken jap g. cube mengusir kemalasan yg bertandang setiap hari.aiseyh.

Ahad, 2 Oktober 2011

first day schooL


hari pertama bersekolah - huuuu..dlm keadaan x bersemangat pon tp first time kertas penuh amek nota. yeah, ini yg kita mau!


seperti biasa, cuba sedaya upaya meminimakn perbualan dgn kgkwn japanese sbb sedar diri nihonggo sendiri berada di level cap ayam. same old me, same old prob. cmne nk amek ikkyu (exam level kefasihan bahasa jepun tahap pling tinggi) sem ni nih..jishinn naii naa..

anyway, seperti sem-sem yg lalu, hari pertama menjejakkn kaki ke sekolah, mesti terasa sprti menjadi tumpuan semua, espc di dalam kelas. sensei yg dua tiga kali pandang kite since kte sorang jek foreigner, student japanese laen yg mata mencuri-curi pandang dgn muka di dahi seolah-olah bertempek persoalan 'ade lagi budak gaijin sorang nih..?'
eyh, cube husnuzzon wawa. sebulan lebih x jupe, diorang sje jek la tuh nk tgok muke.hoho.


hari pertama - satu kelas jek. huerm, memang sngt memahami kemalasan jiwa ni nk ke sekolah. anyway, semua orang sedang sibuk bercakap tentang result exam masing-masing. ada yg berjaya dgn yushuunye memperoleh result cemerlang, tidak kurang juge yg agak bernasib kurang baik. 

utk mereka yg yushuu dgn jayanye - congratulations! mesti puas hati giler kn sbb titik peluh keringat sendiri membuahkn hasil.
bagi mereka yg kurang bernasib baik - jgn berputus asa, n x salah utk down seketika. tapi dgn syarat, utk sem baru ni, dan juge sem-sem yg akan datang, mari lakukannye dgn usaha yg berganda. iA mane nk tahu, rezeki kita dtg lambat sket, who knows kn..


bg dri sndri pule , uish masih berdebar dup dap dup dap lg. sensei xmo reply mail le plak, merajuk ke hape orang tua tuh. eyh, dy xd la tua sgt. tp tuh la, sy x amek result lagi sbb sensei x reply mail sy. huhu. dy tensen kot sbb sy salu blik lmbt cni, m'ganggu urusan dy jek  utk setelkan hal anak-anak buah dy yg ramai nih.
i'm sorry la sensei.


ape-apepun, tolonglah, merayu anda semua, doakan sy ye!
dlm keadaan dri yg byk dosa ni, sgt cuak sebenarnye kalau Tuhan tiba-tiba nak tarik nikmat sy.huhuhu.
mintak simpang dijauhkn.

anyway, sbgi closure, sje nk letak sket pic sy dgn adek sedare, hehe. rse entry amat kosong dan x bape manis x cukup gula kalo x selit gmbr, wlopon xd kaetan.hehe.


name dy farhana, umur 18, tp we used to call her k.yOng since dy anak sulung.
org kampung ckp, we look alike, cm adek beradek.
well, since datuk moyang sme kn, mst la ada genetik tersame.


p/s - x pandai nk agak ketebalan baju yg perlu dipakai ke sekolah dgn suhu yg x bape nk menentu skunk ni. x pasal-pasal pegi sekolah dgn idong meleleh ingus td.huh!

Sabtu, 1 Oktober 2011

homesick di dinihari


ibarat orang mengantuk disorongkan bantal - sy sedang sgt amat sungguh mengantuk, namun xd siapa yg nk menyorongkan bantal.
ok, tipu. sndri yg xnk tdo sbb tkot terlepas subuh lagi.huhu.


alhamdulillah sudah selamat sampai umah. rumahku syurgaku la bak kate orang melayu. msok2 jek bilik, perghh berdesup bau bilik berhabuk menusuk lubang hidung. perabot seinci pon x bergerak - alhamdulillah, petanda gempa bumi x melanda bumi hiroshima. meja study warna coklat kehitaman, da jadi cm hitam kekelabuan dek ditimpa lapisan habuk yg kian hari kian menebal. urghhh.. agk x indah.


membelek serta membedek komputer yg telah sebulan lebih ditinggalkan. kekok plak nk menaip pki papan kekunci sebegini.huh!


paling x nice - omsick dtg bertandang!
aaaaaa... nk blik mesia...! xnk blaja, nk benti tros, nk blik umah n dok bawah ketiak mak ayah! *menaip dgn penuh emosi*. rasa mcm da x larat lagi nk meneruskn hidup sebagai anak rantau di bumi yg lidah ibunya *read as mother tounge* begitu asing benar di telinga - japanese. ditambah dgn pemandangan orang sekeliling yg sungguh berbeza benar dgn malaysia, bermata sepet berkulit putih kuning, siyes wat sy terasa sperti 'aq lah makhluk paling gelap di duniaaa', sehingga terlupa akan kewujudan miss angola yg lebih hitam sejati. kufur nikmat sungguh jiwa.


teringat pulak pengalaman pertama mengenal ertinya homesick - hari pertama mendaftar masuk asrama di SERATAS. ya Allah, even bila diingat sekarang pun mata ni da berkolam-kolam derita tahan nak menitis.

hari pertama di SERATAS, selesai sesi pendaftaran, mak dan ayah mengiringi sy masok asrama. dorm F1-1, dan ketika itu dorm diagihkan mengikut tingkatan, so semua orang adalah seangkatan sy. sy igt lagi, ad ibu bapa yg tros pulang selepas menghantar anak-anak, namun ad jua yg duduk-duduk rileks di katil sambil bersembang n tolong anak2 unpack barang, begitulah mak sy.

ahhh, x kesah korang nk kate aq anak manja, tp memang mak yg tlg sy kemaskn barang n masukkan ke dalam locker. sy kn x pndi buat ape2, lipat baju sndri pon x penah. selesai unpack brg, mak temankn sy mandi di bilik air. bilik air yg sesak penuh dgn senior bergalut nk mandi, tapi mak redah sje dgn alasan takot sy x pndi nk wat pape. memang pun. sy xto nk sangkut baju kt mne, xto nk letak tuala mcm mne bg x basah kene air percik shower, buduss sungguh kn?


then mak tunggu sy dpn pintu shower. sesekali t'dngar mak tnye, 'adek lmbt lagi?'. sy hnye diam x b'suara. hakikatnye tengah pasang shower kuat2 n sy menangis puas2 sbb sedih n takut sbb mak da nk meninggalkn sy. ikot hati, sy xnk kua drpd shower tuh.




mak pun menangis mse salam dgn sy sblom pulang. sy, seperti sekarang (mungkin akn sebegini utk selamanye) buat2 cool n mencuba sedaya upaya untuk x menangis di depan mak. sy pk, andainye sy menangis, sy akn membuatkn hati seorang ibu menjadi bertambah sasau, galau dan payau. x snggup nk tgok mak risaukan sy, jd perlualah sy berlagak cool n tenang.

tp sumpah lepas tgok kete mak ayh berlalu pergi, zassss.. otometik mcm air terjun. sy lap2 sbb cover sket nk msok blik nih. malam tuh, sy tidur berselubung selimut smpi ke kepala, sy menangis sepuas hati. err, agk x puas gk sbnarnye sbb sy cube semaksima mungkin untuk meminimakn sebarang bunyi.


huhu!
pengajarannye, sy xkn anta anak sy msok skolah asrama!

diakui, didikan di asrama mampu membentuk peribadi mulia seorang anak remaja, namun sy yakin, iA sy akn mampu mencorak anak sy sendiri ke arah kebaikan walaupun dy x bersekolah di SBP, MRSM, atau seangkatan dgnnye.


eyh, jaoh plak pk mse depan.hehe.
x salah untuk merancang, kan?

Jumaat, 30 September 2011

kembali menaip!


alhamdulillah, selamat sampai ke bumi japan, again! 
sebulan seminggu pulang bercuti ke tanah air terchenta bumiku bertuah malaysia, perkara yg paling dirindui tentang japan - of course, internetnya yang berkelajuan tinggi! (sebelum saya kenal apa itu unifi ye.huhu.) tapi umah sy yg jauh nun di ceruk kampung nun, manakan nak ada unifi ke hape ke, pki berukband pon wat saket jiwa. maka sy pun bertekad lah, apa salahnye hidup tanpa internet, kan?

so.. kepulangan sebulan, back to the root, back to the basic. sejajar dgn perkembangan usia yg semakin matang (ecece bajet orang dewasa plak rse), masa kekosongan hidup tanpa internet selama lebih sebulan sy isikan dgn kembali merenung ke belakang. orang kata, kalau berjalan biarlah terus maju ke depan, tak perlu lagi untuk menoleh ke belakang. so, myb itulah yg sy lakukan selama ini sampai ke satu tahap, sy sendri terlupa yg sy ni berasal dari mana. 

kacang lupakan kulit??
no, no, no..tidak sama sekali.hehehe.jgn salah sangka, sy bukanlah di kalangan spesis terbabit. sy hnyelah kacang yg dah terbiasa tak berkulit. kencang bercerita, sampai dah tak tahu sebenarnya tadi nk cakap pasal ape. hurmm. 

tp iitai kotonye just nk ckp, betapa dua tahun hidup di kuala lumpur betul-betul mengubah cara hidup sy.

sepanjang masa cuti sy bnyk menghabiskan masa dgn adik saudara kesayangan sy, jarak umur x berapa jauh jadi kami agak rapat, tambahan pula sy memang anak tunggal perempuan, n kengkawan kt kampung pun x berapa nk ada (ye la, form 1 da g skola jejauh, mne nk ad kwn dkt2). kembali ke topik perbualan. bile sy tgok dy, sy terasa seperti melihat dri sy lima tahun yang lalu, sbb dy memang saling x tumpah pe'elnye sprti sy. owh, mungkin dy better. 

dy xd la jakun-jakun sgt mcm sy mse sy first time duduk di meja mewah dlm restoran pizza hut di klcc lima tahun yg lalu. ceyh, mcm buka pekung di dada sndri plak. serius bila di ingat blik, kalau x silap sy, itulah kali pertama mulut sy menjamah pizza tulen versi pizza hut sebenar, salunye bli piza murah pasar malam yg satu singgit lebih tu jek. see, betapa kekampungannye sy smpi pizza hut pon x penah makan! ye la, masa tu kt kuala xd kedai pizza hut lg, n mak ayah sy pula mmg orang kampung sejati yg berfikiran agak 'kritis n kreatif' dgn meng'interperet'kn idea memakan sekeping roti bulat pada harga puluhan ringgit sebagai MEMBAZIR!
t'igt pulak ayat ayah mse akak ipar belikan kfc yg family set tu n bwk blik ke rumah di kampung - 'kucing jek yg kuat meratah ayam, xdenye engkome plak yg nk jd rope kucing' ; dlm loghat kualenye yg amat pekat. n so do i, sy pon t'pk, bli jek la ayam, mak bley goreng dgn tepung, npe la nk bli mahal2. sme cm piza.


ayam bese pon sedap wut...


teringat juga pengalaman kali pertama sy nk membeli walkman sendiri. err.. mase zaman duduk hostel dlu, diskman ni anak menteri besar jek yg mampu ad, org laen kebiasaannye da ad walkman tu pon da kire, perghh.. sy pun dok terliur la ble tgok doormate katil sebelah sy ad walkman, n ble dy study, tlingenye sering disumbat dgn earfon, nk bg lebih konsentrasi katenye. omg, sy nk jugk! walhal hakikatnye selama ni sy blaja x penah amek taw pon keadaan sekeliling mcm mne, lantak kau la nk bising ke nk sunyi ke, yg penting ble ad mud blaja, on jek. jadi, ble tgok sume org berwalkman ni, sy pon jd mengidam jugk. 

menyedari sikap mak ayh yg sentiasa m'perkenankan p'mintaan anaknye ini, sy pon tnpa segan silu ckp kt mak sy nk bli satu. alasan best punye - nanti bley salu dnga lagu omputeh, bley pandai ckp omputeh! ; kompem bley pancing mak. n memang beliau terpancing pun, cume yg x bape indahnye, sy plak yg berat hati nk m'belanjakn duet yg mak bagi tu. so sy juz pegi kedai cm cabuk2 gtu, then sy bli satu mini radio yg memang sungguh cap ayam dgn harga rm9.90.hoh, pki earfon gk menatang tuh.hehe. wlopon hnye berharga rm9.90, tp sy menatangnye mcm ia berharga rm990.haaa...


lihatlah, betapa berbezanya sy yg dulu dgn sy yg skrg. dahulunye merupakan seorang anak yg amat berjimat-cermat mengikut tepat susur galur didikan ayh yg sgt sgt sgt pndi berjimat n menguruskn wang, tapi kini, semakin ke arah kedewasaan ni, semua tu semakin terhapus.
ayat feberet mak - 'adek wa kalo balik, sesekali ke kedai, kedai pon nk diangkutnye balik'

memang. memang kalo mampu kedai tu pon sy nk angkut skali. tp duet plak terhad kn. sy kalo dpt duet, mmg la duet tu mengalir macam air. dlm kepala hanya satu, kenapa perlu ditahan kemahuan n beria nk menyimpan, yakinkah esok masih ada? - ideologi yg sy sndri x tahu mcm mne bley wujud sejak sy semakin dewasa ni.


tp tuh la...ble blik sesekali ke kampung ni, tgok kelibat mak ayah yg masih mengerah keringat di kebun utk meneruskn kehidupan seharian, sy jadi bebal. kesal mungkin. dgn abang-abang yg semakin hilang kesedaran dri utk berbakti terhadap org tua, sy terasa sprti hanya sy lah satu-satunye harapan mereka, tmpt mereka nk bergantung harap. kenapa selama ni sy x perasan akn semua tu, n hnye hidup utk dri sy sndri? mungkin sudah tiba masanye sy blaja utk hidup utk org laen plak, espc utk mak ayah.




byk sgt menulis, sy sndri pon rs cm mls nk bc blik. tp nk wat mcm mne, terhasilnye belog ini adalah agr sy dpt mencurahkn segala isi hati, beban berat pikulan sndri, jd x slh rsenye nk bermonolog membebel di sini, kn? kesimpulan yg pasti, cepatlah habis pengajian di sini!


p/s- pengalaman hari raya yg paling terkesan di hati, iA akn dikenang smpi mati. mungkin peringatan dari Tuhan agr hamba-Nya yg sorang ni x terus lalai.