' sayangku nisa',
usah biarkan keterlanjuranmu menjadi sejarah hitam yang terus mencalit debu kehitaman walau hingga ketika ini. itu semua sejarah dahulu dan ketahuilah hari ini juga bakal menjadi sejarah. tetapi bezanya sejarah dahulu itu menjadi suatu pengajaran yang besar buat diri. dan sejarah yang bakal ditelusuri ini, ketahuilah, dirimu masih punya waktu. usah persiakannya.
juga buat diri yang rindu akan kebaikan. apakah saat Allah mendatangkan penyesalan di hatimu, engkau mahu melepaskan peluang ini? apakah pada saat Allah membuka jalan taubat buatmu, engkau memilih untuk semakin menjauh daripada-Nya walaupun tanpa kerelaan hanya kerana malu dengan manusia sekeliling? atau merasa diri itu terlalu kotor dan tidak layak untuk diampunkan? ketahuilah Dia Maha Pengampun. usah pedulikan pandangan mereka dan mereka itu, tetapi dongaklah ke atas, dan ketahuilah Dia menunggumu untuk sujud kepada-Nya! bersama air mata taubat seorang hamba.
buat nisa',
walau dirimu merasa tiada yang menyayangi, ketahuilah aku di sini amat menyayangimu sekalipun kita tiada pernah mengenali. tetapi walau sebesar mana kasihku kepadamu, masih pasti belum mampu menandingi kasih-Nya terhadapmu.
apakah saat ini kamu masih mahu berpaling?'
apakah saat ini kamu masih mahu berpaling?'
sejuk hati membaca nukilan ni, rase sebijik-sebijik ditujukan kt dri sndri..
yossha yossha, ganbarou, yoi jinsei tsukurou!
kenapa harus memandang dosa yg lalu sedangkan kita masih punya waktu?
-petikan sumber: iluvislam.-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan