Ahad, 12 Disember 2010

unTaiAn jiwE x abeS2


payah juga bila tiba-tiba semangat menggunung utk study hilang runtuh berderai sekelip mata. esok exam mid-sem, tadi mcm semangat menyusun masa untuk bagi ngam2 sempat study n wat kadai semua. tiba-tiba, semangat xtaw terbuang ke mana, ke tercicir masa pegi beli donut tadi? urgh, masalah!


sejuk-sejuk begini jangan tanyalah betapa kuatnya nafsu untuk makan. misi mengumpul lemak di musim sejuk. baru saja berjaya kembali ke berat asal, kini nampaknya bakal menggegar mesin penimbang di rumah umi lagi. ahh, biarlah berisi, apa kelas keding-keding kan?

nampaknya mula membebel tanpa hala tuju.


'getting people to like u and having genuine relationship with other people is the essence to a good quality of life'

menjaga hubungan sesama manusia; antara salah satu prinsip untuk having a good life. betul juga, apa guna hidup sampai 400 tahun sekalipun tapi semua orang anti kita kn. 



bagaimana pula mahu menjaga hubungan sesama manusia ni? - hablul minallah, hablul minannaas - pelihara hubungan dgn Allah, iA hubungan sesama manusia akan terpelihara sekali.

kenapa?

kerana Allah yg memegang hati-hati manusia semuanya. tapi, kadang2 kita terperasan, ad hamba Allah tu, perghh dari penampilannya, nampak sgt superb menjaga hubungannya dgn Allah, tapi kenapa still cm sumthin wrong hamba Allah tu dgn orang sekeliling dia? itu maknanya, mungkin hamba Allah tu sndri yg sumthin wrong, sumthin still tarinai kt dia, mungkin dari segi aspek ability to communicate with others, or else, who knows? or mungkin juga, hanya di mata kita dia nampak indah sempurna, tapi mungkin di belakangnya, wallahua'alam.


sy bukan ahli agama pegang segulung ijazah dari Mesir (even degree Jepun pon x dpt lg), sy juga bkn ustazah a.k.a ahli gubal fatwa yg bijak utk bertutur yg itu salah yg itu benar. tp sy punya mata utk sy lihat, dan akal untuk sy sintesis perkara2 yg berlaku di sekeliling saya.

cakap pasal pe'el manusia. kadang-kadang tanpa sedar, kita sering terpinggirkan perasaan orang lain. kita fikir, 'ala, sono gurai, xkn dia nk terasa, kalo aku, rilek je!'

tp hakikatnye, kalo terkena kt batang hidung sendiri, betul ke kita rilek? betul ke kita tak kesah. manusia, kalau x kena, pot pet pot pet pandai je dia alah orang hebat belaka, tapi, bila sedebik 'tertumbuk' kat hidung penyek dia sndri tuh, riuhnya sekampung melempias marah itu ini.



kadang-kadang, kita kalau bercakap, kalah menteri. semua hujah kita betul saja, semua orang nk kena dengar nak kena beri perhatian.

tapi, kita terlupa, hakikatnya apa yg kita cakap tu menimbulkan perasaan kurang senang kt org lain. kita dok semangat menceritakan kehebatan kita, wah, kalah supermah lagaknya, tahu aje semua benda, tp orang yg dok mendengarnya, terpaksa terkulat-kulat menadah telinga. sepatutnya kagum dgn kehebatan, tp tukar jd rse nyampah sbb over. berbelas kasihanlah sikit dekat mereka yg berkulat telinga tuh.

ada juga masa, kita harap, orang akan faham kita. semua orang perlu tahu apa yg kita 'pantang' sgt x suka, apa yg kita harapkan, apa reaksi yg kita nantikan, apa jenis hubungan yg kita mahukan. tapi dlm mse yg sme, kita x pernah mencuba pun utk memahami org lain. jgn lah hidup jibun chushin. bukan kita seorang saja manusia yg ada hati atas muka bumi ni.




oh, sy tulis je pandai, tp sy pun banyak jek lack mende2 common sense cmni. alasan bese, manusia, mne nk lari dr serba serbi kekurangan..haih..


ok2.. time's up. mari stdy. menangis kalo xley wat sok. ganbare wawa!

Tiada ulasan: