smlm, drpd sibuk mencari tiket murah utk ke korea, termelencong plak ke pulau-pulau kecil n x diketahui asal-usul (owh geografi kami lemah), iaitu Guam, then termeleret ke Hawai n bla bla bla - smpi ke segitiga bermuda. jaoh x perjalanan?
tibe-tibe terasa sgt berminat utk mengetahui ttg segitiga misteri ini, lalu sy pn dgn tabah dan gigihnye mengoogle segala info yg ada, melompat dri satu laman sesawang ke laman yg laen, sehinggalah sy ketakutan sndri utk meneruskn. lalu sy berhenti, futon ditarik. tdo. nk dijadikn cerita, sedang asyik diulit mimpi, sy terasa dunia seakan bergoncang, katil seolah-olah digegar-gegarkan ke kiri ke kanan. terdetik di hati, adekah sy bermimpi dlm mimpi? (cuak igauan segitiga bermuda menerjah masuk alam separuh sedarku).
terdengar bunyi ketukan di pintu. suara inche rumet, 'wawa, bgn subuh. jishin la, menyirap darah i!'
suara panik bliaw menerjah lubang telinga. ya Allah, alhamdulillah..nasib baik, di alam nyata rupanya. tp tercuak sikit di hati, dlm seminggu, dua kali peristiwa gempa bumi berlaku di bumi hiroshima ini, dan agak kuat sehingga mampu mengejutkn sy dr tdo (sy mmg susah nk terjaga) - peringatan Allah nk kejutkn sy subuh.
okey, kembali ke segitiga bermuda.
kenapa dinamakn segitiga? - sbb ia adalah kwsn perairan yg terbentuk drpd tiga titik sudut,
Miami di Florida, Puerto Rico di Jamaica, dan
Bermuda (for those yg xto,
Bermuda adelah pulau di bwh kekuasaan British, just like Guam under US). dikatakn kisah segitiga bermuda ni bermula drpd catatan Christopher Columbus lg, siapa yg x kenal dgn Columbus? pelayar terkenal yg kte pernah blaja mse sejarah sekolah menengah dlu.
byk teori ttg kewujudan segitiga bermuda ini, x kiralah drpd cendekiawan barat, mahupun ilmuan2 islam sendiri. ad yg percaya segitiga bermuda ini adelah tmpt berpusatnya segala syaitan,
sbb pertembungan arus sejuk dan panas, n bakal menjadi tmpt dajjal keluar. buku yg paling terkenal dlm menghuraikn persoalan ini adelah hasil tulisan penulis Mesir
(rujuk sini), yg mana menyimpulkn dajjal adelah
samiri - penyesat Bani Israel. x brani utk sy huraikn lebih sbb sy pon tersgtlah cetek dan sempit ilmunye. yg berminat lebih nk tau ttg dajjal, silelah google atau dptkn buku2 yg patut.
then teori laen, yg sy sndri akui sy agk percaya ialah ttg anomali magnetik-gravitasi - yg mne menghasilkn satu daya tarikn yg sgt kuat yg mmpu utk menarik segala objek yg menghampirinya. maka, tidak hairanlah semua kapal-kapal n pesawat boleh hilang tnpa meninggalkn kesan. tapi, untuk dibuktikn secara saintifik, mungkin x ada lagi para ilmuan yg mmpu melakukannya.
kite tinggalkn ttg idea-idea fantasi lain ttg wujudnye perkampungn alien di situ, ad medan masa ttg pelangkauan waktu, sisa-sisa penduduk
atlantis yg dikatakn terbenam suatu ketika dlu. klo nk dipikikn dgn akal waras, bkn kah x tercapai? tp klo kte berpikir out of the box, mungkin ad, Tuhan punya kuasa, wallahualam.
tp yg lebih menarik minat sy ialah Flight 19. serius imej dlm kepala - final destination.
sepanjang 'pencarian' sy, kisah yg pling berbekas di jiwa ialah ttg kehilangan 5 pesawat US ketika sesi latihan, juga sebuah pesawat penyelamat yg turut hilang dlm usaha mencari mereka tnp dapat dikesan pada 5 Disember 1945.
jiwa rse sebak bila yg dipersalahkn adalah ketua mereka, Leftenan Taylor, yg dikatakn tersalah guide anak2 buahnye sehingga menyebabkn kelima-lima pesawat tersebut terbang semakin menjauhi darat ketika mereka tersesat akibat kompas-kompas yg tidak berfungsi secara tiba2 (ad teori mengaitkn dgn medan magnetik segitiga bermuda yg menyebabkn sume kompas x berfungsi). mungkin ad unsur bias n tokok tmbh, sy pn x tahu, tp tentera laut US mengeluarkn laporan 500 mukasurat menghuraikan siasatan dan pencarian terbesar dlm sejarah dunia itu - yg mne betul-betul meletakkn kesalahn di bahu Taylor.
x dpt dibygkn perasaan keluarga Taylor pd mse itu, di saat mereka kehilangan anak- hilang tnpa diketahui punca, dituduh pule sebagai penyebab kehilangan 26 lelaki yg lain. teringat filem national treasure, yg mne dlm salah satu movienye mengisahkn ttg keluarga watak utama dituduh sebagai penderhaka yg terlibat dlm konspirasi membunuh presiden amerika syarikat, abraham lincoln suatu ketika dahulu. serius mmg terkesan di hati bile tgok penderitaan yg mereka terpksa tanggung, penerimaan org sekeliling terhadap mereka, n dlm kes keluarga Taylor, mungkin mereka terpaksa berhadapan dgn 26 keluarga-keluarga yg lain.
sy cuba mencari lebih lanjut ttg Taylor dan juga keluarganye, tp x jumpe ap sy cri. jd, pencarian ttg Taylor bernoktah di sini.
nama yg seterusnye menarik perhatian sy - Marine Corporal Allan Kosnar.
satu-satunye lelaki yg terselamat dlm skuad tersebut. nasib menyebelahinye, atau mungkin betul dy ad 6th sense, dy menarik dri last minit, menyebabkn salah satu pesawat tu kekurangan crew. ape yg terjadi kepadanye, dan ap responnye slepas peristiwa ni berlaku, serius sy sgt nk tahu, tp x jumpe plak.
sy dpt bygkn hidupnye huru-hara dan x setenang sebelumnye, kn?
ke sy yg byk terpengaruh dgn filem-filem fantasi cm final destination tuh?
menyayat hati bile terbaca yg Taylor pun rupa-rupanye nk menarik dri jugk, tp sbb dy chief n pilot, yg mne perlu ad pengganti klo nk tarik dri, then xd org nk gnti, maka dy terpaksa pegi.
haish, lihatlah para manusia sekalian, menjadi seorang ketua itu bukanlah mudah. apa-apa yg terjadi, kesalahn akn digendong di bahu kita - sesuai ke pengajaran arini?
10 hari lagi menjelang ulang tahun peristiwa misteri ni. sy terjumpe artikel news tentang waris-waris ahli tentera yg terlibat dlm misi tersebut berkumpul memperingati peristiwa tersebut setiap tahun - memorial service turut diadakn oleh navy US.
apa pun yg berlaku, walaupun x mmpu dihuraikan dgn akal logik, selaku umat Islam, seharusnye kite berpegang dgn kepercayaan -tiada apa yg mustahil, segalanya boleh berlaku dlm redha kekuasaan Allah.
ngeri dan misteri.
semoga kisah-kisah begini mmpu memperingatkn kita dgn yg pencipta, amin.