Jumaat, 17 Mei 2013

i am aging.


dalam banyak-banyak hari, i do hate 17th May the most.
because it is a day before my birthday.

i dunno why, and i dunno if other people do have the same problem and issue like me, but seriously, i'm a little bit emotional on this date. i feel down, especially when i am all alone. i feel sad, frustrated for no reason, and the most important thing is, i DO feel old. i am aging.

i did notice this problem when i was in AAJ, during my first year in UM. for some reason, i could feel the gloomy aura creeping into my heart, especially during the late evening. i tended to not to talk to people, but, i didn't want to be left alone. 


what is this problem? why am i behaving like this?

seperti kebiasaannya, sy terus laju menaip papan kekunci cuba mengugel apekah permasalahan jiwa ini. secara seriusnya, ia amat mengganggu gugat jiwa sy yg masih muda ini. kenapa sy berperasaan begini, kenapa sy berkelakuan sebegini.

'birthday stress'
'stress before birthday'
'a day before birthday'

okey, dia kua lagu ke tajuk movie ke hape ntah. tp yg penting, sy tidak bertemu jawapannya.


ad yang memberikan pandangan, kesedihan mungkin kerana bakal menamatkan zaman sesuatu angka, dan bakal beralih ke suatu angka yang baru. kemudian sy meningkah, 'age is just a number'
suda begitu, kenapa berat hatinya?

sy tidak mahu bersendirian. 'mungkinkah anda takut tiada siapa yang bakal meng'wish birthday anda nanti?' dan kemudian sy menjawab lagi, 'sekarang zaman siber, segalanya di fesbuk saje. tiada lagi prank call dari kgkwn, bersorak menyanyikan lagu Allah selamatkan kamu. tiada lagi kejutan balingan kek, mahupun tepung serta telur. dunia da maju'


habis tu kenapa?

sy terasa esok sy bakal tua. sy yg esok, sudah tidak sama dgn sy yg harini. mungkin betul, peralihan angka, sebenarnya sedikit sebanyak mengimpak sy. tiada teman di sisi, ye, sy takut tiada siapa yang mengingati 18 May itu sebagai hari kelahiran sy. sy bimbang kekecewaan itu bakal membuatkan sy mengalirkan air mata, jadi lebih baiklah sy bersama seseorang walaupun seseorang itu tidak pernah tahu pun hari esok bakal menjadi tarikh keramat kelahiran sy.


alah, hari jadi sekadar hari jadi, apa yg penting sgt pon kn?
eyh. sy pn x penah smbut kot masa kecik2. mak ayah sy pon entah entah dah x ingat pun kot esok adalah tarikh 24 tahun yang lepas ibu sy dikejarkan ke hospital buat kali pertama. sy bukanlah anak yg sulung, empat abang berderet di atas. tp, nk buat mcm mne, anak hujung, xnk keluar tgok dunia walaupun da smpi masanya, terpaksalah mak sy menggendong sy terlebih masa. last-last ke hospital jugaklah jawabnya. abang yg lain, lega jek mudah saje bersalin bidan kampung, di rumah sje sambutnye.

anak special lah katekan, nk buat mcm mne ye dak?



yg penting, terima kasih emak, sudi melahirkan sy. terima kasih sabar menggendong sy lebih dri 9bulan. terima kasih sbb mak x campak sy ke mana-mana. terima kasih mak x gugurkan sy. terima kasih untuk segalanya.

doakan sy menjadi anak yg baik. doakan sy tidak berkesudahan si tanggang moden. doakan sy sempat membalas jasa kedua orang tua, walaupun sy tahu emas berlian xkn mampu membayar segala pengorbanan mereka. hanya Allah yg mampu membalas sewajarnya.


mungkin sebenarnya, rse semakin tua, tetapi amalan tidak setara mana. jiwa tahu jasad semakin menghampiri mati, tetapi akal mudah meningkah tidak perlu fikirkan lagi. 
duhailah hati, yappari bukan dipegang oleh diri sendiri.


bajet artis sekejap.
anyway, perot sy bukan buncit, sy x suka mengunyah ais. tu angin yg terbang-terbangkan baju sy.
-graduation day, 23 March 2013-

selamat hari ibu.
selamat hari guru.
selamat hari jadi sy.

Ahad, 12 Mei 2013

Malaysia Terchenta


last entry, lebih daripada dua bulan yang lalu. phewwww, habuk penuh bertampuk-tampuk. yang putih jadi hitam, yang hitam semakin hitam. 

ehem ehem. assalaaaaaaamualaikum!
alhamdulillah, langsung menaip dari tanah air terchenta, bumi Malaysia. alhamdulillah lagi, saya masih bernafas and insyaAllah tiada sebarang penyakit kronik lagi. alhamdulillah juga, segala anggota badan serba serbi masih sempurna. alhamdulillah, ye, sy masih bernyawa.


dua bulan di Malaysia, pheww, xperlu diterangkan lagi. bukan mudah untuk saya kembali mengadaptasi diri dengan budaya sendiri. terhumban ke sebuah negara maju yang megah serta rakyatnya yang mengamalkan polisi people first, ye, saya mengaku, sedikit sebanyak apabila pulang ke Malaysia, bibir ini tidak habis terkumat-kumit memaki serta mencaci. rungutan demi rungutan dilemparkan saban hari. kerenah birokrasi yang merumitkan, perihal kakitangan kaunter servis yang semacam they're the BOSS, urusan pembelian yang leceh dek kerana si penjual yang tiada wang kecil untuk tukaran, aspek kebersihan terutamanya tandas-tandas awam yang langsung tidak dipedulikan, perilaku atas jalan raya yang serius langsung tidak sopan, tidak lupa pula dibicarakan perihal keselamatan, warga mudanya yang kurang ajar, biadap langsung tiada rasa hormat, usikan sinis dan nakal si rempit-rempit jalanan, sumpah, saya ingin segera kembali ke Japan.

ye, serius, saya cukup tertekan pada minggu-minggu pertama sekembalinya ke Malaysia. jika sebelum ini, ketika pulang bercuti, segala hal ini saya pandang remeh dan langsung malas untuk difikirkan lebih daripada sepuluh saat, kerana sy tahu, di sini bukan tempat sy, sy bakal pulang, sy akan kembali ke Japan. jd, sy hanya perlu bersabar, dan bertahan, hanya untuk seketika. tetapi, kali ini, segala-galanya sudah berubah. i'm here for good. mahu tidak mahu, saya perlu menghadap semua ini sampai mati. or, maybe at least smpi suatu jangka masa tertentu yang buat masa ini kelihatannya seperti forever.

kedengarannya seperti kronik benar bukan? seumpama nampak betapa benci dan tidak hinginnya saya tinggal di Malaysia, betapa suka dan sayang serta agungnya saya menjunjung Japan. sungguh wajar saya dibuang negara bukan?

oh, tidak diambil kira lagi isu semasa. perdebatan politik di sana sini, isu racism, yang sini mengkafirkan sana, yang sana membodohkan sini. tambah hangat, muda-mudi negara yang semuanya berlagak pandai tahu serba-serbi. saya tidak tahu apa yang sebenarnya telah berlaku kepada anak muda negara kita. oh mungkin bukan hanya anak muda, tapi semuanya. oh serius, bencinya saya berada di dalam situasi ini.


namun begitu, heh, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, kan? setinggi mana ditatang Japan tuh, seenteng mana dipandang Malaysia ni, saya tetap anak Malaysia. ye, sy Melayu yang mudah lupa, tetapi tidak begitu susah untuk kembali mengingatkan sy. 19 tahun sy di bumi sendiri berbanding hanya 4 tahun di negara orang, takkan sebegitu mudah nak membuang terus negara sendiri kan? ye, memang betul rata-rata manusianya kurang beradab dan bajet hebat, tetapi masih muncul segelintir yang baik bukan? yang benar-benar berbudi bahasa dan ikhlas membantu, yang sedang berusaha cuba untuk membangkitkan kembali modal insan rakyat Malaysia. ye, masih wujud golongan itu.

dan tak salah andainya saya juga berusaha untuk turut membantu menjadi salah seorang daripada penyumbang itu. 


mari wujudkan Malaysia yang indah kawan-kawan.



tulisan saya kali ini mungkin kedengarannya agak melampau. mungkin tidak wajar. tapi, tak salah kot nak mengkritik perkara yang benar kan? sedangkan kritikan Rajagopal pun pihak FAM xley nak sabitkan kesalahan, apelah sgt nak dibandingkan dgn kritikan sy yang hanya sekelumit kuman ni pon x sampai. heh.


nampak x saya bersamping tuh? haaa. jgn maen2. hiks.
-Borobudur, April 2013-