Ahad, 12 Mei 2013

Malaysia Terchenta


last entry, lebih daripada dua bulan yang lalu. phewwww, habuk penuh bertampuk-tampuk. yang putih jadi hitam, yang hitam semakin hitam. 

ehem ehem. assalaaaaaaamualaikum!
alhamdulillah, langsung menaip dari tanah air terchenta, bumi Malaysia. alhamdulillah lagi, saya masih bernafas and insyaAllah tiada sebarang penyakit kronik lagi. alhamdulillah juga, segala anggota badan serba serbi masih sempurna. alhamdulillah, ye, sy masih bernyawa.


dua bulan di Malaysia, pheww, xperlu diterangkan lagi. bukan mudah untuk saya kembali mengadaptasi diri dengan budaya sendiri. terhumban ke sebuah negara maju yang megah serta rakyatnya yang mengamalkan polisi people first, ye, saya mengaku, sedikit sebanyak apabila pulang ke Malaysia, bibir ini tidak habis terkumat-kumit memaki serta mencaci. rungutan demi rungutan dilemparkan saban hari. kerenah birokrasi yang merumitkan, perihal kakitangan kaunter servis yang semacam they're the BOSS, urusan pembelian yang leceh dek kerana si penjual yang tiada wang kecil untuk tukaran, aspek kebersihan terutamanya tandas-tandas awam yang langsung tidak dipedulikan, perilaku atas jalan raya yang serius langsung tidak sopan, tidak lupa pula dibicarakan perihal keselamatan, warga mudanya yang kurang ajar, biadap langsung tiada rasa hormat, usikan sinis dan nakal si rempit-rempit jalanan, sumpah, saya ingin segera kembali ke Japan.

ye, serius, saya cukup tertekan pada minggu-minggu pertama sekembalinya ke Malaysia. jika sebelum ini, ketika pulang bercuti, segala hal ini saya pandang remeh dan langsung malas untuk difikirkan lebih daripada sepuluh saat, kerana sy tahu, di sini bukan tempat sy, sy bakal pulang, sy akan kembali ke Japan. jd, sy hanya perlu bersabar, dan bertahan, hanya untuk seketika. tetapi, kali ini, segala-galanya sudah berubah. i'm here for good. mahu tidak mahu, saya perlu menghadap semua ini sampai mati. or, maybe at least smpi suatu jangka masa tertentu yang buat masa ini kelihatannya seperti forever.

kedengarannya seperti kronik benar bukan? seumpama nampak betapa benci dan tidak hinginnya saya tinggal di Malaysia, betapa suka dan sayang serta agungnya saya menjunjung Japan. sungguh wajar saya dibuang negara bukan?

oh, tidak diambil kira lagi isu semasa. perdebatan politik di sana sini, isu racism, yang sini mengkafirkan sana, yang sana membodohkan sini. tambah hangat, muda-mudi negara yang semuanya berlagak pandai tahu serba-serbi. saya tidak tahu apa yang sebenarnya telah berlaku kepada anak muda negara kita. oh mungkin bukan hanya anak muda, tapi semuanya. oh serius, bencinya saya berada di dalam situasi ini.


namun begitu, heh, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, kan? setinggi mana ditatang Japan tuh, seenteng mana dipandang Malaysia ni, saya tetap anak Malaysia. ye, sy Melayu yang mudah lupa, tetapi tidak begitu susah untuk kembali mengingatkan sy. 19 tahun sy di bumi sendiri berbanding hanya 4 tahun di negara orang, takkan sebegitu mudah nak membuang terus negara sendiri kan? ye, memang betul rata-rata manusianya kurang beradab dan bajet hebat, tetapi masih muncul segelintir yang baik bukan? yang benar-benar berbudi bahasa dan ikhlas membantu, yang sedang berusaha cuba untuk membangkitkan kembali modal insan rakyat Malaysia. ye, masih wujud golongan itu.

dan tak salah andainya saya juga berusaha untuk turut membantu menjadi salah seorang daripada penyumbang itu. 


mari wujudkan Malaysia yang indah kawan-kawan.



tulisan saya kali ini mungkin kedengarannya agak melampau. mungkin tidak wajar. tapi, tak salah kot nak mengkritik perkara yang benar kan? sedangkan kritikan Rajagopal pun pihak FAM xley nak sabitkan kesalahan, apelah sgt nak dibandingkan dgn kritikan sy yang hanya sekelumit kuman ni pon x sampai. heh.


nampak x saya bersamping tuh? haaa. jgn maen2. hiks.
-Borobudur, April 2013-


2 ulasan:

alhuda berkata...

excuse me wawa, borobudur april 2013???
bila masa pegi jalan2 ni???amboiii
haha

.Si kEmunCuP. berkata...

hahaha. bile tau keje kne postpone bulan 5, tros semangat g plannin jln sana. so, mmg hujung April aritu i was there lah ;)