Isnin, 8 November 2010

kau susah aku susah

setiap orang ad kesusahan masing2. jgn andaikan segala-galanya mudah bg org lain, dan segala-galanya payah bg dri anda. 
jgn berlagak umpama semua masalah ats dunia ini terbeban di atas bahu anda, hanya anda seorang yg perlu mengahadapinya, hanya anda seorang yg perlu melaluinya.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
- al-Baqarah :285

mungkin di mata anda senang, tp di bahu org yg memikulnya, hanya Tuhan yg tahu betapa beratnya.
mungkin pada zahir segalanya nampak mudah, tp dalam hati si pemiliknya, hanya Tuhan yg tahu dentam-dentum taufan badainya.
mungkin pada jasad serba-serbi nampak sempurna, tp hakikat tersorok, segalanya compang-camping belaka.

jgn pula menyangka, bagi anda mudah, bg org lain juga semestinya mudah.
kemampuan setiap orang berbeza. tiada cop di dahi si polan itu pandai, si polan itu kompem bley wat, si polan itu begitu, si polan ini begini. telah Allah ciptakan semua manusia sama saja, dikurniakan akal, serta kelebihan, dan kekurangan. si dia pandai memasak, si sana pula pandai wat kek, si sini pula memang la x pandai masak, tp si sini pandai tang lain plak. kalo sume manusia ats muka bumi ni pandai memasak, ap gunenye bakery, restaurant taraf berpuluh bintang, kedai2 mamak tepi jalan, x laku dah sume tuh, 
org pi balik masak sndri la weyy.

kau susah, aku pun ad susah.
tp kau kena igt, Tuhan itukan adil.

dan kamu.
kamu-kamu yg mengajar aku tentang mari berfikiran positif.
jd mari berfikiran positif, entry ini bukan mengomen sesiapa, bkn berniat melepas geram terhadap sesiapa, bkn juga bermaksud mengutuk sesiapa.
entry ini untuk peringatan aku sendiri, dan juga utk mereka-mereka yg rajin menyinggah ke sini.
jd, kamu-kamu semua, mari berfikiran positif.

jgn memandang enteng entry belogku yg sering disalahtafsir sebagai sinis.

Tiada ulasan: