first post untuk 2012
masyaAllah dah berabad benor x menhapdet belog ye..menaip pon rse cm hisashiburi bebeno, papan kekunci pon terasa ganjal jek di ujung jejari yg x bpe runcing nih.
terlambat sudahkah untuk memperkatakan tentang azam baru?
ehehehe. azam baru sy tahun ini ialah berusaha untuk menunaikan azam taon lepas.hik3.
mestilah semua orang berniat untuk memperbaiki diri dan berhijrah ke arah kebaikan, betul x? ada ke orang berazam untuk menjahilkan diri dan mendekatkan diri dgn keburukan? haruslah tidak kan.
begitu juga sy, azam tahun ini, memperkuatkan azam taon taon lepas yg x tercapai, berusaha untuk berubah ke arah kebaikan. sudah semestinya jalan kebaikan itu bukanlah jalan yg mudah dek kerana 9 nafsu yg menghambat diri yg ampuh ini, tapi itu bukanlah alasan utk berhenti berusaha melakukan perubahan. andai niat benar berubah kerana Allah maha pencipta, inshaAllah seberat mana sekalipun Allah akan permudahkan.
tapi itulah masalahnya - niat. hati yg gemar berbolak-balik ni memang amat sukar untuk mentetapkan niat di atas satu paksi yg lurus. ada ketika terpesong sebentar terlorong dek kehendak hati, ada tikanya berpatah balik melawan arus, payah, memang cukup payah. dan disebabkan itulah kita perlukan tarbiyyah dan jemaah; tarbiyyah untuk menguatkan hati, jemaah untuk memperingatkan hati.
teringat pesanan cikgu sekolah menengah yg menjadi ibu usrah sy dulu, jgn keluar dari jemaah. jgn jd kambing yg sesat, berseorangn tanpa haluan, nanti mudah dihanyut dek arus. dan nampaknya itulah yg terjadi. usia muda remaja yg bergelojak nafsu ingin bersuka ria dengan nikmat dunia, entah bila sy menjadi persis kambing sesat. hidup bahagia dgn nikmat dunia tp ada ketika gundah gulana tak tahu kenapa.
itulah namanya fitrah manusia. fitrah yg menghalatujukan kita ke jalan kebaikan, tapi nafsu berjaya mengheret kita ke lembah kemaksiatan, lembah kejahilan. memanglah bahagia dgn nikmat yg dikecapi sementara ketika itu, tapi diluar sangkaan kita, perasaan tidak enak yg sering bertandang itu adalah dek kerana peringatan Tuhan tentang kita yg sedang melawan fitrah.
rase mcm tgh menaip teks ucapan kuliah plak da. sumimasen, lama x menaip, rase nk tersembur keluar segala isi hati nurani.heh.
inshaAllah, korekara ganbarimasu.
sy akui sy berduka tatkala Allah tarik sesuatu daripada sy suatu masa dulu. tapi benar kata kawan, Allah itu maha adil, Dia gantikan ia dgn hadiah yg lebih besar x ternilai harganya - teman-teman yg sentiasa memegang erat tangan sy, serta x pernah jemu menarik sy untuk seiring seirama menuju jalan pencipta. suatu ketika sy tangisi nasib sy yg x seindah yg sy harapkan, tapi kawan peringatkan; Allah lebih syg sy, Dia lebih tahu ap yg baik untuk sy.
'boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu,
dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu.
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.'
jadi, untuk tahun baru ni, let's work harder!
kisah lalu, yg baik amek jadikan tauladan, yg buruk tapis jadikan sempadan. hidup entahkan sampai bila, tapi bekerjalah seumpama akan hidup seribu tahun lagi. mati mungkin lusa, tapi beribadah, beramal solehlah ibarat esok penghujung nyawa :)
sy bukan budak baek, tp inshaAllah akn cube berusaha menjadi lebih baek.
sama2 doakan, moga kite semua mampu jadi lebih baik!
p/s- baik x semestinya kolot, kemon ah. kemon kemon!
0 comments:
Catat Ulasan