Jumaat, 22 Oktober 2010

.ummi n abi.

malam-malam cmnie, rindu plak dengan mak ayah.
-homesick-

since blik sini, bru sekali sy pernah call rumah, itupun sbb nk gtaw result exam yg x bpe nk cun tuh. maa ne..down gk le time tuh sampai tertinggi suara t'kasar dgn mak sndri.(duhh, xley nk igt, rs nk ngis). mlm td, tergerak hati untuk call rumah, sbb tahu satu fakta bahawa apabila kite teringat o rindu kt seseorg tuh, means org tu mmg tengah fikirkan kite, minda kite berhubung dlm cara yg x mmpu didefinisikan dllm perkataan.
tapi, kecewa. xd org angkat. mungkin telefon rumah sy rosak lg la tu.(well..monyet2 kt area rumah tu x insaf2 dok gayut2 kt wayar tepon rumah sy. nk kene tembak sekor2 nie).

dalam hati membuak-buak rs bersalah. tentu mak berteka-teki sendiri kenapa sy xnk telefon mak sekerap dulu. tentu mak akan salahkan diri sndri sebab bertikam lidah dengan sy mse sy blik cuti natsu yasumi dulu. peristiwa malam tu mmg xkn sy lupe smpi mati. even skunk ni pun, kalo teringat balik, rse macam tersiat-siat hulu hati ni. pertama kali seumur hidup sy, sy menjawab kata2 mak. pertama kali dalam hidup sy, sy bersuara membelakangkan mak. pertama kali sy lihat mak menangis smbil mengeluarkan kata2 yg sy sndri x snggup nk fikirkan kembali.

maaa...emak pun hanya seorang manusia biasa, dia bukan malaikat yg xkn pernah terlepas drpd sebarang kesilapan seperti mengeluarkan kata2 yg menghiris perasaan anak sendiri. bila memikirkan itu, hati sy akan kembali tenang. segala perasaan negatif akan cuba dicampak jauh2. emak bukan malaikat. marah seorang ibu tandanya dia sayang. sayang emak yg menggunung tinggi membuatkan emak hilang pertimbangan apabila anak yg ditatang bagai minyak yg penuh mula tersasar dari track yg diukirnya. marah emak bukan membenci. maki emak bukan menghina.

sy umpama produk fotokopi ayah.
seperti ayah, sy x tahu bermanis muka apabila sy tidak suka. sy x petah bermain kata tatkala hati sy benci. hitamnya dia, hitamlah sy. barannya dia, baranlah sy. sy anak ayah, satu-satunya anak ayah. sy juga anak emak, tapi anak kelima emak.

dlm diri sy mengalir darah pekat ayah serta segala perwatakannya. ternyata genetik ayah menguasai hampir 80% jiwa sy. x sy nafikan ad sedetik sesaat, sy sgt teliti saling x tumpah sprt mak, tp hampir selalunya, dibunuh dek perangai tekitou ayah yg membiak dlm badan sy. antara kami berlima adik-beradik, hanya sy seorang yg 'bertahan' dgn perangai ayah. ayah cerewet, sgt cerewet, terutamanya dlm soal pemakanan. disebabkan beberapa penyakit ayh yg menutup pintu selera makannya, resepi harian di rumah kami bertukar menjadi makanan kesihatan. hanya sy yg masih mampu mengikut rentak ayah.
sebab sy kn anak ayah.


emak dan ayah, kedua-duanya insan yg paling sy syg. tiada lebih tiada kurang. tp bila seringkali mak dan ayah bergaduh, secara x sengaja sy seolah-olah akn memihak ke arah ayah, kerana sy rs kami berkongsi cara pemikiran yg sama. bila emak naik muak dgn respon ayah, emak akan mengalihkan pandangannya kepada sy, tp kdg2 mak kecewa sendiri sbb sy mmg produk fotokopi ayah. maafkan sy emak.

ingin jd anak yg baik


p/s. yappari, anak perempuan cenderung mewarisi genetik ayah. then, i'm goin to b a good teacher since my dad used to be one before.
plus, x mkn pedas ni pun warisan ayah.

2 ulasan:

^_^ berkata...

maa...whutever it is, dah jadi tanggungjawab kte utk jaga hati mak&ayah...

sometimes nak berpihak pada ayah, tapi demi menjaga hati mak, diam lebih baik kanaa...

sebab hati perempuan for sure lebih sensitif dari lelaki kan...jadi hati mak mesti lagi rapuh dari hati ayah...kene selalu lebihkan mak la kan?

wa, hargai mereka sementara Allah bagi kita peluang utk menghargai...jgn lupe call umah ek!!

.Si kEmunCuP. berkata...

hehehe...
tengs ati kun!

okeyh, akn lbih cube m'jg ht mak.
:)