Jumaat, 7 Oktober 2011

seakan berdiri di atas awan


seakan berdiri di atas awan.


minggu ni terasa benar iman sy teruji. rukun iman yg keenam, percaya kepada qada' & qadar - segala yg berlaku adalah ketentuan Allah, dan hanya Allah yg tahu apa yg terbaik buat kita. dalam tangis redha, hakikatnye hati sy menidakkan perkara yg berlaku. hati sy begitu bebal untuk menerima hakikat yg segalanya adalah suratan takdir dan Allah punya perancangan terbaik buat sy.


mesti semua tertanya-tanyakan apa yg berlaku?

biasalah, nama pun student. ada masanya kita akn terasa umpama dunia telah berakhir, espc klo exam SPM tu ad paper fail, btol x? jgnkn fail, dpt A2 pun da terasa 'ya Allah, mcm mne nk menempuh hari esok?'
btol x?


begitu juga sy. di saat pengajian berbaki lagi 3semester, sy dikejutkn dgn result luar biasa sem lepas. drpd 8 subjek yg diambil, 1 subjek fail - programming lab (jikken), yg mana sy sewajib-wajibnya lulus. serius, di luar jangkaan sy. mse sensei tnjuk result,sy rse mcm da nk terjelepuk pengsan. 3 semester nampaknye terpaksa disambung menjadi 4, gara-gara 1 subjek?

dunia dirasakan begitu gelap. terbayang wajah mak ayah kt kmpung yg setiap hari setiap saat menghitung masa menanti kepulangan sy utk pulang menemani mereka. terbayang susuk badan ayah yg uzur, sekujur tubuh sudah menjadi seperti skeleton begerak, dgn riak muka sedih dan risau semasa menghantar sy ke airport minggu lepas.
'setahun setengah je lagi, setahun setengah je lagi' - beria sy meyakinkan.


semuanya salah sy, ye memang slh sy. sy wat keputusan sndri mse memilih utk masok AAJ seterusnye melanjutkn pelajaran ke luar negara. tanpa berbincang dgn kedua mak ayah yg sememangnye pada waktu itu sudah mula uzur, sy rse mcm berdosa sgt. rse sprti seorang anak derhaka yg meninggalkn kedua org tua yg amat memerlukan bakti seorang anak yg taat.

walaupun berat hati utk melepaskn, mak ayah sy akur tidak membantah, apatah lagi utk menegah.


segala cerita lama bertandang di kepala membuatkn sy terasa umpama dunia telah berakhir. terasa ingin terus pulang ke malaysia, dan tinggalkan saja semua yg ada di sini. give up - berputus asa.




Tuhan mendengar rintihan hati sy. setelah puas menangis dan meraung, atas nasihat dan dorongan kgkwn serta senior2 yg sering mengambil berat, sy memberanikn diri untuk bersua dgn sensei. alhamdulillah Allah permudahkn jalan, dalam keadaan nihonggo sy yg masih tidak 'pulih' sepenuhnya semenjak pulang dri malaysia aritu, orang pejabat bermurah hati berbincang dgn sensei-sensei sy yg terlibat bagi pihak sy.

3 hari tempoh yg diminta oleh sensei-sensei jikken utk menyemak balik kertas exam dan juga report-report sy. owh, luar biasanya jikken sy adalah sbb ad final exam, di mana segala kemahiran&kefahaman kita menyelesaikn mslh programming semasa jikken akan diuji dlm mse 90 minit, selesaikn program2 komputer, dan juga soalan bertulis.

3hari sy x mmpu tdo lena. kata sensei, mungkin sy akn diberi saishi (exam semula), ataupun wat report balik. saat tu, sy da x kisah da berapa ratus helai page pun report, sy snggup buat. yg penting, selamatkn sy drpd extend 1 semester. i'm desperate enough to do all that.


hari yg ditunggu-tunggu pun tiba. Allah uji sket dgn insiden yg membuatkn sy agk b'putus asa. terasa harapan semakin m'hilang. rse mcm nk menitis air mata balik, tapi tiba-tiba sensei hantar email. sy bergegas ke biliknye, meninggalkn kelas yg sy sedang ikuti.

jantung berdebar kuat macam nk explode! sy xto mcm mne reaksi muka sy mse mengadap snsei td, dgn bahasa yg berterabur, lain yg sy nk ckp, lain pulak yg terkeluar dr mulut. xtahulah ap yg sensei tu nk pk, tp sgtlah b'harap dia memahami situasi sy - seorang foreigner yg lemah bahasa.


telinga diadjust sebaik mungkin utk cuba menangkap setiap bait-bait percakapan sensei. mengikut penerangannye, sy memerlukan 0.33 markah sje lagi untuk lulus. 300 markah penuh, sy hnye berjaya dapatkn 178, bersamaan dgn 59.33. setelah sensei-sensei jikken duduk bermesyuarat menganalisis semula kertas-kertas jikken sy, ternyata Allah melembutkn hati salah seorang yg paling tegas antara mereka untuk memberikan sy 1 markah bonus - kredit atas usaha report. alhamdulillah, 179/300, bersamaan 59.67. dibundarkn menjadi 60 - lulus!


terasa kaki memijak awan!


ya Allah, terima kasih atas kurniaan nikmatMu. ternyata Allah lebih mengenali hambaNya. xkn diujinya kita dgn sesuatu yg x mampu kita hadapinya.


jadi, pengajaran dr tulisan sy yg pnjg ni ialah - jgn berhenti berdoa, dan jgn ragui kuasa n kehebatan Allah swt. Dia lebih tahu ttg kita, n Dia sentiasa mendengar kita. peringatan utk dri sy sndri jugak :))


3 ulasan:

Maira Anjami berkata...

Alhamdulillah T_T..
pinjam semngt wawa sket..utk tdk berpts asa:))..sbb nnt ade saishi..huhu

wAnNor berkata...

Alhamdulillah, wawa..
jgn putus asa. teruskan usaha.
kami2 di malaysia semua m'doakan kejayaan korg sume di perantauan..
gud luck..

.Si kEmunCuP. berkata...

@maira, thx maira! fuh fuh~ nah tiup smngt smpi hokkaido :))

@wanno, mekaseyh byk2.hehe.sgt2 t'haru.. wanno pon gudluck!!